Isnin, 19 Disember 2016

PERBEZAAN AYURVEDA DAN ALLOPATHY(RAWATAN MODEN)

Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai perbezaan antara kaedah rawatan Ayurveda dan Allopathy . Allopathy adalah kaedah rawatan moden yang digunapakai oleh semua rakyat di dunia ini . Berikut adalah contoh perbezaan yang kami boleh jelaskan :

       
Contoh ubat ubatan allopathy


Contoh bahan bahan yang digunakan 
untuk ubat ubatan ayurveda


*Sumber gambar google image

Selasa, 18 Oktober 2016

AYURVEDA

Seni perubatan AYURVEDA tersangatlah jarang sekali kita dengar di negara kita ini . Untuk pengetahuan anda semua , ayurveda ini merupakan antara seni perubatan tertua di dunia . Ia telah wujud beribu tahun dahulu dan ada yang mengatakan ia telah wujud lebih dari 5000 tahun dahulu . Ayurveda juga berasal dari India . Pada zaman ini , rawatan ini adalah rawatan alternatif yang digunakan selain perubatan moden pada zaman ini .

Ayurveda telah mempengaruhi banyak dunia perubatan dunia dari timur ke barat . Seni perubatan ini juga di percayai telah mempengaruhi seni perubatan cina tradisional . Dipercayai juga ketika tahun 400 AD , buku perubatan ayurveda telah diterjemah ke bahasa cina dan pada tahun 700 AD penuntut dari Cina telah datang ke Nalanda University,India untuk membuat belajar di sana . Oleh itu , kebanyakan bidang perubatan tradisional cina banyak dipengaruhi oleh seni perubatan ayurveda .

Menurut dari sumber , hampir 80% penduduk di India masih mengamalkan teknik Ayurveda ini .

RAWATAN DAN PENCEGAHAN

Antara cabang rawatan ayurveda adalah pembedahan  (Śalya-cikitsā and Śālākya-tantra) , tetapi kaedah rawatan ayurveda pada masa kini lebih kepada bagaimana hendak mengatasi stress dengan cara mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya sistem perkumuhan dan penghadaman akan menjadi baik . Seni perubatan ayurveda juga menggalakan kita supaya selalu bersenam , melakukan aktiviti YOGA dan meditation .

Yoga sangat digalakkan dalam Ayurveda.

Ayurveda mengamalkan konsep DINACHARYA  iaitu kehidupan harian (bangun,kerja ,berjalan dan bermeditasi) sangat penting untuk kesihatan . Kebersihan diri seperti mandi,berus gigi,cuci mata dan penjagaan kulit termasuk dalam latihan harian .


BAHAN YANG DIGUNAKAN

 Ayurveda menggunakan herba sebagai asas 
untuk membuat ubat ubatan

Ubat ubatan yang dihasilkan dari bidang ini hanyalah dari tumbuh tumbuhan herba seperti dari daun , buah dan benih . Amat lah jarang kaedah ini menghasilkan ubat ubatan dengan mengunakan bahan bahan yang mengandungi kimia .

PANCHARKARMA

Menurut ayurveda , teknik pancharkarma adalah untuk membuang toksik yang ada di dalam badan manusia . Banyak langkah yang perlu dilakukan untuk melengkapkan proses ini . Penting untuk pesakit bersedia untuk memudahkan proses ini berjalan lancar .

UNTUK PENGETAHUAN LANJUT MENGENAI AYURVEDA BOLEH HUBUNGI KAMI DI 013-2051983 .

sumber gambar : google image

Isnin, 19 September 2016

RAHSIA KEKAL SIHAT

Kelmarin saya duduk disebuah kedai makan bersama dengan Founder Shafary Hill , Dr Shafary . Ketika kami sedang berbincang mengenai produk perniagaan kami , kami melihat sekumpulan pakcik2 sampai di kedai itu . Pada pemerhatian saya kesemua mereka sudah berumur lebih 70 tahun . Apa yang menarik pemerhatian saya lagi , meraka semua masih lagi sihat dan mampu membawa kenderaan sendiri datang ke kedai tersebut .

Setelah beberapa ketika kami pun menegur mereka . Bertanya khabar dan beramah mesra . Soalan pertama saya pada mereka adalah berapa umur mereka . Mereka berkata kesemua mereka sudah berumur lebih 70 tahun . Jadi memang betulah andaian saya mengenai umur mereka . Lepas tu saya bertanya lagi pada mereka , apa rahsia mereka untuk kekal sihat walaupun umur mereka sudah melangkau 70 tahun .

Mereka hanya tertawa dan memandang saya . Mereka berkata semua ini terjadi dengan izin Allah S.W.T . Kita hanya mampu ikhtiar sahaja . Perkara pertama sekali yang perlu dilakukan adalah JAGA PEMAKANAN . Banyakkan makan sayur sayuran kan kurangkan makan ayam dan daging . Sebab nya pada zaman sekarang ayam yang dijual dikedai semua telah disuntik oleh ubat yang membolehkan ayam tersebut cepat membesar .

Mereka juga berkata zaman sekarang orang suke sangat makan fast food dan junk food . Lihat saja dimana mana kedai fast food yang ada di Malaysia . Hampir setiap masa penuh dengan pelanggan . Makanan ini amat la tidak baik untuk kita terutama sekali untuk kanak kanak yang sedang membesar . Sekiranya kanak2 ini tidak di control pemakanan nya , amatlah malang kerana banyak kesan buruk yang boleh terjadi kepada mereka seperti obesiti , lemah otak dan bermacam macam lagi .

Makan makanan yang seimbang perlu untuk
sihat dan cergas

Mereka juga berkata , JANGAN MINUM AIR BERKARBONAT ATAU AIR GAS . Mereka cakap budak budak zaman sekarang terlalu banyak minum air berkarbonat . Air ini amatlah tidak bagus kerana kandungan gula yang ada tersangat tinggi . Lihat sahaja dihospital sekarang , ramai remaja remaja yang berusia linkungan 20-an sudah ada macam macam penyakit seperti kencing manis dan batu karang . Ini semua kerana kalau boleh waktu sarapan pun meraka mahu minum air ini .

Mereka juga sarankan supaya MELAKUKAN AKTIVITI YANG MENGELUARKAN PELUH . Mereka sendiri walaupun sudah berumur lebih 70 mereka masih lagi berkebun untuk mengeluarkan peluh . Apa yang mereka lihat anak anak muda sekarang terlalu kusyuk bermain video game . Duduk terperap kadang2 sampai 3 , 4 jam . Sampai lupa nak makan pun ada .

Obesiti boleh terjadi pada kanak2 .
(gambar sekadar hiasan)

Sejenak saya berfikir memang betul apa yang mereka kata kan . Adakah lagi 20 atau 30 tahun kita akan ada generasi tua yang sihat dan cergas seperti pakcik2 ni . Akan ada lagi ke generasi yang berumur lebih dari 70 tahun yang masih sihat dan cergas seperti pakcik2 tadi . Sebaik nya kita ikhtiar dan berusaha la mengikut petua petua yang telah di berikan oleh orang orang tua . Apa apa pun Allah sahaja la yang menentukan nya .

*sumber gambar dari google images

Rabu, 10 Ogos 2016

Kebaikan Daun Pegaga

CENTELLA ASIATICA ataupun lebih dikenali sebagai DAUN PEGAGA sangat terkenal oleh masyarakat Malaysia . Untuk pengetahuan anda daun pegaga ini tergolong dalam golongan tumbuhan HERBA . Ia sangat terkenal dalam perubatan AYURVEDA dan perubatan tradisional masyarakat cina .

CENTELLA ASIATICA / DAUN PEGAGA


Daun ini mudah didapati di kawasan kawasan luar bandar kerana habitat tumbuhan ini hidup secara menjalar . Untuk pengetahuan anda , tumbuhan ini merupakan tumbuhan akuatik . Oleh itu , daun pegaga ini memerlukan jumlah air yang banyak sekiranya anda mahu menanamnya . ia juga tidak boleh ditanam di kawasan di mana tanah itu dicemari kerana daun pegaga akan menyerap semua kandungan toksik yang berada di tanah itu dan ia akan menjadi tumbuhan yang tercemar dan berbahaya untuk dimakan . 

Daun Pegaga boleh dibuat ulam dan ia juga boleh dibuat jus untuk diminum . Rasanya mungkin tidak sesedap mana tapi khasiat yang terkandung didalam tumbuhan ini sangat berguna untuk diri kita . Antara jenis jenis daun pegaga adalah :
  • Pegaga cina atau pegaga nyonya
  • Pegaga daun lebar
  • Pegaga embun
  • Pegaga kelantan
  • Pegaga renek
  • Pegaga salad
  • Pegaga gajah
  • Pegaga brunei

Daun pegaga ini tersangat sangat banyaklah khasiatnya yang boleh kita semua manfaatkan . Antara khasiat yang ada adalah:




  • penawar alahan
  • merawat asthma dan sesak nafas
  • merawat jangkitan paru-paru
  • merawat kegusaran dan kegigilan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit dan gastrik 
  • menurunkan tekanan darah 
  • menaikkan seri muka dan awet muda 

  • Antara keratan akhbar mengenai pokok herba


    *sumber dari wikipedia dan 
    google image 

    Jumaat, 22 Julai 2016

    Sejarah Shafary Hill

    Pengasas Shafary Hill adalah Dr. Shafary Hill . Beliau seorang yang amat disegani di negeri Melaka . Beliau juga seorang pakar dalam bidang teknik perubatan islam dan pakar dalam bidang teknik perubatan Ayurveda . Beliau telah berkecimpung di dalam bidang ini lebih 30 tahun dahulu semenjak 1983



    Beliau juga mempuanyai ladang herba beliau sendiri seluas lebih kurang 2 Hektar dan ladang ini terletak di SIMPANG AMPAT , MELAKA . Beliau telah menanam pelbagai jenis tumbuh tumbuhan yang berfungsi untuk menjadikan ubat ubatan herba . Ladang ini telah dirasmikan sendiri oleh TUN DATUK SERI UTAMA TYT TUN SYED AHMAD AL-HAJ BIN SYED MAHMUD SHAHABUDIN , TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA pada 15 Ogos 2003 . 




     DR. SHAFARY HILL (KANAN) BERSAMA
    TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA 


    TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA 
    MENANDATANGANI PERASMIAN PELANCARAN SHAFARY HILL

    DR. SHAFARY HILL SEDANG MELAKUKAN
    PEMERIKSAAN KEATAS TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA
    DAN SETERUSNYA MEMBERIKAN RAWATAN 


    SURAT RASMI PERASMIAN KLINIK AYURVEDA

    KETUA MENTERI MELAKA(1988) 
    Y.A.B DATO' SERI MOHD ZIN BIN HJ. ABDUL GHANI (TENGAH)
    MELAWAT DR.SHAFARY HILL(KANAN)



    Insyaallah segala maklumat dan pengetahuan tentang kesihatan yang dimiliki oleh beliau akan dikongsikan kepada semua rakyat Malaysia untuk kebaikan bersama . Sekiranya tuan/puan ade apa-apa masalah berkaitan kesihatan boleh menghubungi kami di 013-2051983