Isnin, 19 September 2016

RAHSIA KEKAL SIHAT

Kelmarin saya duduk disebuah kedai makan bersama dengan Founder Shafary Hill , Dr Shafary . Ketika kami sedang berbincang mengenai produk perniagaan kami , kami melihat sekumpulan pakcik2 sampai di kedai itu . Pada pemerhatian saya kesemua mereka sudah berumur lebih 70 tahun . Apa yang menarik pemerhatian saya lagi , meraka semua masih lagi sihat dan mampu membawa kenderaan sendiri datang ke kedai tersebut .

Setelah beberapa ketika kami pun menegur mereka . Bertanya khabar dan beramah mesra . Soalan pertama saya pada mereka adalah berapa umur mereka . Mereka berkata kesemua mereka sudah berumur lebih 70 tahun . Jadi memang betulah andaian saya mengenai umur mereka . Lepas tu saya bertanya lagi pada mereka , apa rahsia mereka untuk kekal sihat walaupun umur mereka sudah melangkau 70 tahun .

Mereka hanya tertawa dan memandang saya . Mereka berkata semua ini terjadi dengan izin Allah S.W.T . Kita hanya mampu ikhtiar sahaja . Perkara pertama sekali yang perlu dilakukan adalah JAGA PEMAKANAN . Banyakkan makan sayur sayuran kan kurangkan makan ayam dan daging . Sebab nya pada zaman sekarang ayam yang dijual dikedai semua telah disuntik oleh ubat yang membolehkan ayam tersebut cepat membesar .

Mereka juga berkata zaman sekarang orang suke sangat makan fast food dan junk food . Lihat saja dimana mana kedai fast food yang ada di Malaysia . Hampir setiap masa penuh dengan pelanggan . Makanan ini amat la tidak baik untuk kita terutama sekali untuk kanak kanak yang sedang membesar . Sekiranya kanak2 ini tidak di control pemakanan nya , amatlah malang kerana banyak kesan buruk yang boleh terjadi kepada mereka seperti obesiti , lemah otak dan bermacam macam lagi .

Makan makanan yang seimbang perlu untuk
sihat dan cergas

Mereka juga berkata , JANGAN MINUM AIR BERKARBONAT ATAU AIR GAS . Mereka cakap budak budak zaman sekarang terlalu banyak minum air berkarbonat . Air ini amatlah tidak bagus kerana kandungan gula yang ada tersangat tinggi . Lihat sahaja dihospital sekarang , ramai remaja remaja yang berusia linkungan 20-an sudah ada macam macam penyakit seperti kencing manis dan batu karang . Ini semua kerana kalau boleh waktu sarapan pun meraka mahu minum air ini .

Mereka juga sarankan supaya MELAKUKAN AKTIVITI YANG MENGELUARKAN PELUH . Mereka sendiri walaupun sudah berumur lebih 70 mereka masih lagi berkebun untuk mengeluarkan peluh . Apa yang mereka lihat anak anak muda sekarang terlalu kusyuk bermain video game . Duduk terperap kadang2 sampai 3 , 4 jam . Sampai lupa nak makan pun ada .

Obesiti boleh terjadi pada kanak2 .
(gambar sekadar hiasan)

Sejenak saya berfikir memang betul apa yang mereka kata kan . Adakah lagi 20 atau 30 tahun kita akan ada generasi tua yang sihat dan cergas seperti pakcik2 ni . Akan ada lagi ke generasi yang berumur lebih dari 70 tahun yang masih sihat dan cergas seperti pakcik2 tadi . Sebaik nya kita ikhtiar dan berusaha la mengikut petua petua yang telah di berikan oleh orang orang tua . Apa apa pun Allah sahaja la yang menentukan nya .

*sumber gambar dari google images