Seni perubatan AYURVEDA tersangatlah jarang sekali kita dengar di negara kita ini . Untuk pengetahuan anda semua , ayurveda ini merupakan antara seni perubatan tertua di dunia . Ia telah wujud beribu tahun dahulu dan ada yang mengatakan ia telah wujud lebih dari 5000 tahun dahulu . Ayurveda juga berasal dari India . Pada zaman ini , rawatan ini adalah rawatan alternatif yang digunakan selain perubatan moden pada zaman ini .
Ayurveda telah mempengaruhi banyak dunia perubatan dunia dari timur ke barat . Seni perubatan ini juga di percayai telah mempengaruhi seni perubatan cina tradisional . Dipercayai juga ketika tahun 400 AD , buku perubatan ayurveda telah diterjemah ke bahasa cina dan pada tahun 700 AD penuntut dari Cina telah datang ke Nalanda University,India untuk membuat belajar di sana . Oleh itu , kebanyakan bidang perubatan tradisional cina banyak dipengaruhi oleh seni perubatan ayurveda .
Menurut dari sumber , hampir 80% penduduk di India masih mengamalkan teknik Ayurveda ini .
RAWATAN DAN PENCEGAHAN
Antara cabang rawatan ayurveda adalah pembedahan (Śalya-cikitsā and Śālākya-tantra) , tetapi kaedah rawatan ayurveda pada masa kini lebih kepada bagaimana hendak mengatasi stress dengan cara mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya sistem perkumuhan dan penghadaman akan menjadi baik . Seni perubatan ayurveda juga menggalakan kita supaya selalu bersenam , melakukan aktiviti YOGA dan meditation .
Yoga sangat digalakkan dalam Ayurveda.
Ayurveda mengamalkan konsep DINACHARYA iaitu kehidupan harian (bangun,kerja ,berjalan dan bermeditasi) sangat penting untuk kesihatan . Kebersihan diri seperti mandi,berus gigi,cuci mata dan penjagaan kulit termasuk dalam latihan harian .
Ubat ubatan yang dihasilkan dari bidang ini hanyalah dari tumbuh tumbuhan herba seperti dari daun , buah dan benih . Amat lah jarang kaedah ini menghasilkan ubat ubatan dengan mengunakan bahan bahan yang mengandungi kimia .
PANCHARKARMA
Menurut ayurveda , teknik pancharkarma adalah untuk membuang toksik yang ada di dalam badan manusia . Banyak langkah yang perlu dilakukan untuk melengkapkan proses ini . Penting untuk pesakit bersedia untuk memudahkan proses ini berjalan lancar .
UNTUK PENGETAHUAN LANJUT MENGENAI AYURVEDA BOLEH HUBUNGI KAMI DI 013-2051983 .
sumber gambar : google image
Tiada ulasan:
Catat Ulasan