Rabu, 10 Ogos 2016

Kebaikan Daun Pegaga

CENTELLA ASIATICA ataupun lebih dikenali sebagai DAUN PEGAGA sangat terkenal oleh masyarakat Malaysia . Untuk pengetahuan anda daun pegaga ini tergolong dalam golongan tumbuhan HERBA . Ia sangat terkenal dalam perubatan AYURVEDA dan perubatan tradisional masyarakat cina .

CENTELLA ASIATICA / DAUN PEGAGA


Daun ini mudah didapati di kawasan kawasan luar bandar kerana habitat tumbuhan ini hidup secara menjalar . Untuk pengetahuan anda , tumbuhan ini merupakan tumbuhan akuatik . Oleh itu , daun pegaga ini memerlukan jumlah air yang banyak sekiranya anda mahu menanamnya . ia juga tidak boleh ditanam di kawasan di mana tanah itu dicemari kerana daun pegaga akan menyerap semua kandungan toksik yang berada di tanah itu dan ia akan menjadi tumbuhan yang tercemar dan berbahaya untuk dimakan . 

Daun Pegaga boleh dibuat ulam dan ia juga boleh dibuat jus untuk diminum . Rasanya mungkin tidak sesedap mana tapi khasiat yang terkandung didalam tumbuhan ini sangat berguna untuk diri kita . Antara jenis jenis daun pegaga adalah :
  • Pegaga cina atau pegaga nyonya
  • Pegaga daun lebar
  • Pegaga embun
  • Pegaga kelantan
  • Pegaga renek
  • Pegaga salad
  • Pegaga gajah
  • Pegaga brunei

Daun pegaga ini tersangat sangat banyaklah khasiatnya yang boleh kita semua manfaatkan . Antara khasiat yang ada adalah:




  • penawar alahan
  • merawat asthma dan sesak nafas
  • merawat jangkitan paru-paru
  • merawat kegusaran dan kegigilan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit dan gastrik 
  • menurunkan tekanan darah 
  • menaikkan seri muka dan awet muda 

  • Antara keratan akhbar mengenai pokok herba


    *sumber dari wikipedia dan 
    google image 

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan